Jepun mahu kerjasama dengan China, Asean tangani isu sisa plastik


Kebanyakan sisa plastik datang dari negara membangun. – Gambar AFP, 21 Ogos, 2018.

JEPUN merancang untuk bekerjasama dengan China dan negara Asean dalam menangani isu sisa plastik yang dibuang ke laut, demikian menurut pegawai Kementerian Alam Sekitar lapor Jiji Press. 

Kementerian juga bercadang memohon peruntukan ratusan juta yen di bawah belanjawam tahun fiskal bermula April 2019 untuk menampung kos pelaksanaannya.

Kebanyakan sisa plastik datang dari negara membangun.

Ia termasuk dari negara perindustrian G7, termasuk Jepun yang menyumbang 2% daripada jumlah keseluruhan, menurut beberapa kajian dijalankan antaranya oleh profesor bersekutu Kolej Kejuruteraan Universiti Georgia, Jenna Jambeck. 

Kajian turut mendapati, 65% lagi disumbangkan oleh gabungan negara-negara maju G20, G7 dan Asean. 

Kerjasama Jepun, China dan Asean itu bakal menumpukan kepada plastik mikro.

Jepun juga berhasrat menjemput penyelidik dari negara tersebut untuk mempertimbangkan asas bagi mengira mikrofam dalam jumlah unit atau pukal, selain aspek teknikal lain termasuk saiz jejaring apabila sisa tersebut dikumpulkan. 

Di samping itu, kementerian merancang memeriksa tahap mikroplastik dan menganjurkan simposium antarabangsa membabitkan para pakar. Ia juga akan menyiasat pengedaran plastik mikro di Asia, serta bahan berkaitan lain yang berbahaya.

Jepun berharap kerjasama dengan Asean membolehkannya mengetuai usaha menangani isu sisa plastik apabila menerajui G20 tahun depan. – Bernama, 21 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen