2,115 suri rumah mendaftar skim i-Suri KWSP


Low Han Shaun

SERAMAI 2,115 suri rumah mendaftar untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) yang membolehkan mereka menikmati insentif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP berkata jumlah itu diperoleh setakat jam 2 petang Jumaat.

“Statistik itu setakat jam 2 petang Jumaat.

“2,115 mendaftar untuk i-Suri,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pendaftaran I-Suri registrations dibuka pada 15 Ogos.

Skim itu membolehkan suri rumah menyimpan minimum RM5 setiap bulan dalam akaun KWSP dan kerajaan akan memberi sumbangan bulanan RM40.

Seramai 359,065 rakyat Malaysia di bawah program e-Kasih layak untuk fasa pertama I-Suri, di mana Putrajaya memperuntukkan RM20 hingga hujung 2018.

Harian Metro terdahulu melaporkan ramai suri rumah terkejut kerana mendapati mereka tidak layak untuk skim itu.

Ketua Perkhidmatan KWSP Perak Mahmud Shauqi Ahmad dipetik sebagai berkata suri rumah yang layak ialah mereka yang bawah umur 60 tahun, rakyat Malaysia dan berdaftar dengan eKasih.

eKasih ialah insentif kerajaan yang memerlukan pendaftar mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,500.

Sementara itu, KWSP berkata mereka yang tidak menepati kelayakan i-Suri boleh cuba mendaftar untuk i-Saraan.

“Mereka yang tidak menepati kriteria itu juga boleh mendaftar untuk i-Saraan (sebelum ini SP1M). Jadi kita mendapati 3,095 suri rumah mendaftar bagi skim itu sejak i-Suri dilancarkan,” katanya. – 21 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen