Abdullah Sani mohon maaf pada Dr Mahathir


Gan Pei Ling

Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Anwar Ibrahim telah memanggilnya semalam dan memberi jaminan bahawa Dr Mahathir komited untuk melaksanakan konsensus Pakatan Harapan iaitu presiden PKR itu akan menggantikan tempat perdana menteri dalam tempoh dua tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2018.

AHLI Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini memohon maaf pada Dr Mahathir Mohamad kerana menuduh perdana menteri dan penasihat kerajaan, Daim Zainuddin merancang untuk menghalang Anwar Ibrahim jadi perdana menteri kelapan.

Abdullah Sani berkata Anwar telah memanggilnya semalam dan memberi jaminan bahawa Dr Mahathir komited untuk melaksanakan konsensus Pakatan Harapan (PH) iaitu presiden PKR itu akan menggantikan tempat perdana menteri dalam tempoh dua tahun.

Menurut Abdullah Sani, beliau sudahpun menghantar surat ke pejabat Dr Mahathir di Putrajaya awal pagi tadi bagi menyatakan permohonan maaf atas dakwaan sebelum ini.

“Selepas diberi nasihat, penjelasan, penerangan dan arahan dari Anwar Ibrahim, maka saya memamahi tentang pelaksanaan peralihan kuasa yang saya bangkitkan kebelakangan ini sehingga mengheret nama baik Dr Mahathir Mohamad.

“Dengan ini saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran bicara dan semoga kebimbangan saya tentang usaha dan cubaan untuk mengagalkan peralihan kuasa tersebut yang dimainkan peranannya oleh Tun (Dr Mahathir) adalah tidak benar,” kata Abdullah Sani pada sidang akhbar hari ini. – 21 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Awat pulak dah ? Hari itu sampai urat lehiaq timboi dok kata memang betoi konspirasi...Teloq hang kena picit atau kena jentik ?

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh [email protected] · Ulasan