Jumlah kematian akibat Ebola di Congo meningkat 55 orang


Kerajaan DR Congo memutuskan untuk memulakan rawatan percuma di Beni, Mabalako-Mangina dan Oicha selama tiga bulan mulai Isnin bagi mengekang penularan Ebola. – Gambar EPA, 21 Ogos, 2018.

WABAK Ebola di timur Republik Demokratik (DR) Congo telah meragut 55 nyawa sejak awal bulan, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Menurut buletin terkini Kementerian Kesihatan negara itu, jumlah kematian itu meningkat selepas lima lagi mangsa terkorban di Mabalako-Mangina, dekat Beni, pusat wabak di wilayah Kivu Utara.

“Secara keseluruhan, 96 kes demam denggi berdarah dilaporkan di rantau ini, 69 daripadanya disahkan ebola manakala 27 adalah mungkin,” kata kementerian.

Pada masa yang sama, pasukan perubatan yang bertanggungjawab membanteras penyakit itu akan menyemak semula bilangan mereka yang mungkin telah terdedah kepada virus itu.

Datuk Bandar Beni, Jean Edmond Nyonyi Masumbuko Bwanakawa mengumumkan kerajaan memutuskan untuk memulakan rawatan percuma di Beni, Mabalako-Mangina dan Oicha selama tiga bulan mulai Isnin.

“Matlamat kerajaan ialah untuk menggalakkan penduduk mendapatan rawatan di pusat kesihatan,” kata Dr Bathe Ndjoloko Tambwe yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan operasi membanteras wabak Ebola.

Pendapatan purata 80 juta rakyat DR Congo adalah $1.25 sehari. – AFP, 21 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen