Penarafan kelulusan presiden Peru meningkat pada 46%


Penarafan kelulusan Presiden Peru Martin Vizcarra, telah meningkat 11 mata peratusan, daripada 35% kepada 46%, berdasarkan tinjauan pendapat terkini Ipsos Peru. – Gambar AFP, 20 Ogos, 2018.

PENARAFAN kelulusan Presiden Peru Martin Vizcarra, telah meningkat 11 mata peratusan, daripada 35% kepada 46%, berdasarkan tinjauan pendapat terkini Ipsos Peru.

Menurut kajian itu, penarafan kelulusan tersebut meningkat kepada 46% pada 17 Ogos manakala jumlah yang tidak bersetuju adalah 42%.

Tinjauan pendapat itu menyebut bahawa alasan utama yang menyokong prestasi Vizcarra ialah idea bernas dan pelan beliau (39%), usahanya untuk meningkatkan ekonomi (22%) serta kemampuan beliau dialog dan konsensus (22%).

Selain itu, 20% daripada mereka yang ditinjau pendapat berkata ketua negara itu sedang berusaha untuk meningkatkan keselamatan awam manakala 18% menyatakan bahawa beliau berusaha untuk pendidikan, antara lain.

Menyentuh ucapan Hari Kemerdekaan beliau, 68% responden mendakwa ia adalah baik, 20% mengatakan ia adalah teruk manakala 12% lagi tidak menyatakan apa-apa.

Sementara itu, 19% lagi menzahirkan sokongan kepada prestasi Perdana Menteri Cesar Villanueva. – Bernama, 20 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen