Permaisuri Thai masuk hospital kerana influenza


Gambar fail Permaisuri Sirikit bersama mendiang suaminya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2007. Permaisuri Thailand itu diserang demam dan batuk dan dirujuk ke buah hospital di Bangkok. – Gambar EPA, 20 Ogos, 2018.

PERMAISURI Sirikit dimasukkan ke hospital kerana influenza, Biro Hal Ehwal Kerabat diRaja Thailand mengumumkan hari ini.

Menurut pengumuman tersebut,  permaisuri Thailand itu diserang demam dan batuk dan dirujuk ke buah hospital di Bangkok. Beliau dikesan menghidap influenza dan dirawat di hospital terbabit sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Permaisuri Sirikit, 86, adalah kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada 2016 selepas tujuh tahun memegang takhta, dan ibu kepada Raja Maha Vajiralongkorn, 66.

Beliau tidak muncul di khalayak sejak beberapa tahun kebelakangan atas faktor kesihatan yang kian merosot.

Bagaimanapun, pihak istana mengeluarkan gambar permaisuri itu sedang meraikan hari lahirnya bersama anak-anak di Istana Bangkok, di mana Permaisuri Sirikit kelihatan lemah.

Permaisuri Sirikit amat dihormati sebagai tokoh Thailand. Ulang tahun kelahirannya disambut sebagai Hari Ibu Thailand. – dpa, 20 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen