TEMBAKAN dilepaskan di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Ankara, Turki tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pejabat Gabenor Ankara berkata enam tembakan dilepaskan, dan tiga daripadanya terkena pintu pagar besi dan tingkap.
Jurucakap Kedutaan AS David Gainer mengesahkan langkah keselamatan dikuatkuasakan.
Bekas peluru nampak jelas di pondok pengawal keselamatan di kedutaan itu, lapor wartawan AFP.
Insiden itu berlaku ketika hubungan Ankara dan Washington masih tegang berikutan tindakan Turki menahan seorang pastor warga AS berkaitan tuduhan keganasan.
Presiden AS Donald Trump menggandakan tarif terhadap aluminium dan besi dari Turki, menyebabkan Ankara mengenakan kenaikan tarif terhadap beberapa produk AS.
Turki pada Jumaat mengugut untuk membalas sebarang sekatan daripada Washington, sementara mahkamah menolak satu lagi permohonan rayuan untuk membebaskan Pastor Andrew Brunson.
Perbalahan diplomatik itu menyebabkan mata ang Turki jatuh berbanding dolar AS. – AFP, 20 Ogos, 2018.
Komen