Lelaki serang balai polis dengan pisau maut ditembak


SEORANG lelaki bersenjatakan pisau terbunuh apabila beliau menyerang sebuah balai polis berhampiran timur laut Barcelona, Sepanyol awal pagi tadi.

“Seorang lelaki dengan pisau memasuki balai polis di Cornella untuk menyerang pegawai polis. Penyerang itu kemudian ditembak,” kata polis wilayah Catalonia di Twitter.

Seorang jurucakap polis enggan mengulas laporan media bahawa lelaki itu dikatakan berasal dari Algeria dan ada melaungkan “Allahu akbar” ketika melakukan serangan.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas ulang tahun pertama kematian pengganas dalam satu pertembungan di Catalonia.

Seramai 16 maut pada 17 Ogos, 2017 apabila sebuah merempuh orang ramai di lokasi popular Las Ramblas di tengah Barcelona dan serangan dengan pisau di resort berhampiran Cambrils.

Kumpulan Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap dua serangan itu. – AFP, 20 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen