MENTERI Wanita New Zealand, Julie Anne Genter mengayuh basikal menuju ke hospital untuk melahirkan anak sulungnya.
Genter, yang terkenal sebagai ahli Parlimen yang mementingkan alam sekitar dan peminat tegar aktiviti berbasikal, mengayuh sejauh 1km dari rumahnya ke Hospital Auckland City untuk melahirkan.
“Saya dan pasangan berbasikal kerana tidak ada cukup ruang dalam kereta untuk semua orang, tetapi ia juga membuatkan mood saya gembira,” katanya di media sosial bersama gambarnya dan basikal yang turut dimuat naik.
Genter yang hamil 42 minggu dilaporkan ke hospital untuk bersalin.
Selain sebagai menteri wanita, beliau juga menteri pengangkutan bersekutu dalam kerajaan New Zealand, membantu bagi perjalanan mampan.
Jurucakap partinya berkata setakat ini Genter masih belum melahirkan bayinya.
Pada Jun, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern melahirkan anak pertamanya, Neve.
Ardern, yang dilantik ke jawatan itu tahun lalu, menjadi pemimpin dua kedua yang melahirkan anak ketika menjadi perdana menteri, selepas Benazir Bhutto dari Pakistan pada 1990. – AFP, 20 Ogos, 2018.
Komen