PM Kanada umum bertanding lagi pilihan raya 2019


Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengetuai perarakan Montreal 2018 bersama isterinya, Sophie Gregoire Trudeau di Montreal, Quebec semalam. – Gambar AFP, 20 Ogos, 2018.

PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau semalam mengumumkan akan bertanding sekali lagi dalam pilihan raya pada 2019.

Pemimpin Parti Liberal itu secara rasmi dicalonkan oleh partinya bagi daerah Montreal tengah di Papineau, kubu kuatnya sejak dipilih sebagai wakil rakat pada 2008. Beliau menang lagi pada 2011 dan 2015.

Beliau bercakap tentang politik kebimbangan dan perpecahan, kekal positif, bersatu padu, mencari cara menekankan persamaan, berkongsi nilai baik di sebalik segala perbezaan, bagi membina negara lebih kuat.

Trudeau juga berjanji untuk mengurangkan jurang antara kaya dan miskin, serta menaikkan taraf hidup masyarakat orang asli.

Pada pertengahan Julai, Trudeau merombak kerajaannya, menjelang pilihan raya yang perlu diadakan sebelum 21 Oktober, 2019.

Langkah itu dilihat bagi memberi kelebihan kepada Liberal ketika kaji selidik menunjukkan pesaingnya, parti Konservatif semakin kuat. – AFP, 20 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen