Mesir kuat kuasa larangan sembelih haiwan di jalanan


Penduduk Mesir sering melakukan penyembelihan di kawasan terbuka termasuk di jalanan sehingga menyebabkan persekitaran menjadi kotor dan berbau. – Gambar AFP, 20 Ogos, 2018.

PIHAK berkuasa Mesir menguatkuasakan larangan penyembelihan haiwan korban di jalan dan lorong di Kaherah bagi mengatasi masalah kekotoran di bandar itu setiap kali sambutan Aidiladha diadakan.

Sebelum ini, penduduk Islam di Kaherah melakukan penyembelihan secara terbuka di jalanan dan tidak membersihkan sisa sembelihan sehingga menyebabkan persekitaran yang kotor dan berbau busuk.

Selain itu, penyembelihan secara terbuka juga mengundang bahaya kepada orang ramai sekiranya haiwan korban terlepas.

Bagi mengelakkan masalah itu berlanjutan, pihak berkuasa melarang amalan penyembelihan di kawasan tertentu terutamanya di jalanan, kata jurucakap majlis perbandaran Kaherah Khaled Mostafa.

“Individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan denda sekurang-kuranganya 5,000 pound Mesir (RM1,148),” katanya.

Kerajaan Mesir turut menasihatkan rakyatnya agar membersihkan sisa haiwan sembelihan bagi mengelakkan penyebaran wabak dan penyakit.

Pertubuhan Pertanian dan Makanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyarankan panduan ketat untuk melakukan penyembelihan.

Katanya, proses penyembelihan perlu dilakukan jauh dari kawasan kediaman selain pelaksanakan perancangan yang baik serta mengawal kebersihan di lokasi penyembelihan. – AFP, 20 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen