Blok rumah di Paris terbakar, 5 kanak-kanak cedera parah


Anggota keselamatan berkawal berhampiran bangunan kediaman yang terbakar di ibu kota Perancis, semalam. – Gambar AFP, 20 Ogos, 2018.

KEBAKARAN di bangunan kediaman berhampiran ibu kota Perancis semalam menyebabkan tujuh cedera parah termasuk lima kanak-kanak yang kini bertarung nyawa, kata pasukan bomba.

Kira-kira 16 orang termasuk 10 pegawai polis dan seorang anggota bomba turut mengalami cedera ringan dalam kebakaran berlaku di timur laut Paris itu, yang kemudian berjaya dikawal, kata bomba.

Kurang daripada sebulan lalu, di bandar sama sebuah kompleks perumahan turut terbakar dan mengorbankan seorang ibu dan tiga anaknya berusia antara enam tahun dan 18 bulan, manakala sembilan lagi cedera.

Kira-kira 100 anggota bomba dikejarkan untuk memadamkan kebakaran semalam, yang dipercayai bermula dari loteng bangunan dua tingkat itu.

Menurut sumber polis, orang ramai menggunakan tingkap untuk menyelamatkan diri manakala yang lain berlari ke bumbung untuk berlindung.

Punca kebakaran masih tidak diketahui. – AFP, 20 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen