Gempa kuat landa Rantau Sumbawa


Pada 5 Ogos lalu kepulauan Lombok, Indonesia turut digegarkan dengan gempa berukuran 7.0 magnitud menyebabkan sekurang-kurangnya 159 orang terkorban. – Gambar EPA, 20 Ogos, 2018

GEMPA bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Rantau Sumbawa, Indonesia pada 10.56 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 64 kilometer timur dari Mataram, Indonesia.

Menurut kenyataan itu tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian gempa tersebut. – Bernama, 20 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen