SEBUAH kereta api melanggar bahagian hujung platform stesen di Barcelona, Sepanyol pagi tadi, menyebabkan 18 orang cedera, kata pasukan keselamatan awam.
Kereta api berkenaan tiba di Stesen Francia yang berlepas dari Sant Vicenc de Calders, kata jurucakap perkhidmatan itu.
Daripada 18 yang cedera itu, seorang daripadanya mengalami kecederaan serius manakala kira-kira 30 yang lain sedang menerima rawatan daripada doktor, katanya.
Beliau memberitahu, jumlah keseluruhan adalah mereka yang terbabit adalah 48 orang, namun keadaan kira-kira 30 daripada mereka tidak diketahui.
Stesen Francia terletak di Barcelona, bandar kedua di Sepanyol, apabila kereta api Rodalies menghentam hujung platform itu pada jam 7.30 pagi.
Pada masa kemalangan itu, ramai penumpang berdiri yang mengakibatkan bilangan yang cedera lebih ramai.
Radio Cadena Ser berkata jalan di sekitar stesen ditutup bagi memudahkan kerja menyelamat. – AFP, 28 Julai, 2017.
Komen