AKTIVIS Rusia Sergei Udaltsov hari ini dikejarkan ke hospital selepas lima hari mengadakan mogok lapar.
Pengkritik tegar Kremlin itu kini dirawat di sebuah hospital di Moscow akibat dehidrasi, menurut kemas kini di Facebook miliknya.
“Beliau dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor,” kata pegawai suruhanjaya pengawasan awam Ivan Melnikov kepada agensi berita TASS.
Udaltsov terlibat secara aktif dalam demonstrasi bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan umur persaraan.
Beliau ditahan dan dikenakan hukuman penjara selama 30 hari minggu lalu selepas didapati bersalah membakar gambar pegawai kerajaan Rusia semasa demonstrasi tersebut.
Tahun lalu, Udaltsov dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama empat setengah tahun kerana menganjurkan bantahan anti Kremlin. – AFP, 19 Ogos, 2018.
Komen