Qatar dakwa Arab Saudi halang jemaah haji


Jutaan umat Islam menunaikan ibadah rukun Islam kelima di Arab Saudi setiap tahun. – Gambar EPA, 19 Ogos, 2018.

QATAR hari ini mendakwa rakyatnya dihalang daripada menunaikan ibadah haji di Arab Saudi berikutan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara sejak Jun 2017.

“Tidak ada peluang untuk rakyat Qatar dan penduduknya untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini,” kata pegawai kerajaan Qatar kepada AFP.

“Pendaftaran haji dari Qatar masih ditutup dan penduduk di Qatar tidak dibenarkan untuk mendapatkan visa kerana tidak ada misi diplomastik,” tambahnya.

Qatar sebelum ini menuduh Arab Saudi dan sekutunya menyokong kegiatan keganasan.

Susulan itu Riyadh menyekat rakyat Qatar daripada memasuki Arab Saudi.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada mereka yang mahu melaksanakan ibadah haji, kata kenyataan rasmi Arab Saudi.

Mengikut sistem kuota yang dikuatkuasakan Arab Saudi, 1,200 rakyat Qatar sepatutnya dibenarkan untuk menunaikan haji di negara itu.

Pun begitu, ramai daripada kalangan mereka merungut tidak dapat membuat pendaftaran di laman sesawang rasmi kementerian Arab Saudi. – AFP, 19 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen