Polis China tahan 3 suspek curi $87 juta mata wang kripto


Pemandangan dalam sebuah kilang perlombongan (mining) mata wang kripto. – Gambar AFP, 19 Ogos, 2018.

POLIS China menahan tiga suspek yang didakwa mencuri aset bernilai 600 juta yuan ($87 juta) menerusi aktiviti penggodaman, lapor media tempatan hari ini.

Polis utara bandar Xian melancarkan siasatan pada Mac selepas seorang mangsa yang dikenali sebagai Zhang, mendakwa komputer miliknya telah diakses oleh penggodam yang mencuri sejumlah 100 juta yuan ($15 juta) dalam mata wang kripto bitcoin dan ether, lapor Shaanxi Daily.

Akhbar itu melaporkan bahawa pegawai di tiga daerah bekerjasama pada minggu lepas bagi menahan suspek tersebut.

Pada Februari, penerbitan rasmi China mengumumkan rancangan untuk menghapuskan semua transaksi mata wang kripto yang tersisa di negara tersebut dengan menyekat akses ke laman web di luar negara dan mengeluarkan aplikasi yang berkaitan daripada jualan. – AFP, 19 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen