Lebih 2 juta jemaah mulakan ibadah haji


Sebahagian dua juta jemaah haji yang menunaikan solat di Masjidilharam di Mekah. – Gambar AFP, 19 Ogos, 2018.

LEBIH dua juta umat Islam dari seluruh dunia yang berhimpun di Mekah, Arab Saudi mula menunaikan ibadah haji hari ini.

Kementerian Dalam Negeri berkata, jumlah jemaah haji yang tiba di Mekah kebanyakannya dari Mesir, India, Pakistan dan Bangladesh.

Bagi melancarkan perjalanan jemaah menunaikan satu daripada lima rukum Islam itu, pihak berkuasa Arab Saudi menempatkan puluhan ribu anggota keselamatan bagi mengelakkan tragedi rempuhan yang berlaku tiga tahun lalu.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 2,300 orang maut akibat dirempuh dan dipijak.

Tahun ini, kerajaan Arab Saudi melancarkan inisiatif ‘haji pintar’ iaitu aplikasi untuk membantu jemaah mendapatkan maklumat perjalanan dan bantuan perubatan.

Sementara itu, beribu-ribu bas dan kenderaan yang membawa jemaah berbaris sejauh lapan kilometer dari Mekah ke Mina.

Kebanyakan jemaah akan bergerak dari Mekah untuk bermalam di Mina sebelum keesokannya mereka menunaikan wukuf di Arafah. – AFP, 18 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen