Gempa bumi kuat gegar Lombok


GEMPA kuat berukuran 6.3 skala Richter sekali lagi menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia hari ini, kejadian ketiga dalam tempoh kurang sebulan.

Kejadian itu berpusat di barat daya pulau tersebut di pekan Belanting pada kedalaman tujuh kilometer, kata Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (AS).

Gegaran turut dirasai di pusat bandar Mataram dan pulau Bali yang terletak berhampiran Lombok.

Bagaimanapun tiada laporan kematian atau kecederaan akibat kejadian gempa itu.

Dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 460 orang terbunuh apabila gempa kuat bermagnitud 6.9 menggegarkan pulau yang menjadi tumpuan pelancong asing itu.

Selain itu, kira-kira 350,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat dan anggaran kerugian akibat bencana tersebut mencecah 5 trilion rupiah (RM1.4 bilion).

Pada hujung Julai, seramai 17 orang maut apabila pulau tersebut dilanda gempa dan kebanyakan mangsa merupakan kumpulan pendaki gunung. – AFP, 19 Ogos, 2018.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen