Hanya lelaki berumur atas 50 tahun dibenarkan solat Jumaat di Al-Aqsa


Ketegangan kembali memuncak selepas serangan Julai lepas yang membunuh dua anggota polis Israel. – Gambar EPA, 28 Julai, 2017.

POLIS Israel akan menghalang lelaki berumur bawah 50 tahun untuk bersolat Jumaat di Jerusalem dalam kemelut berpanjangan melibatkan tanah suci dua agama besar dunia itu.

“Penilaian keselematan akan dibuat dan wujud tanda yang kekecohan dan demonstrasi akan berlaku hari ini,” kata polis dalam satu kenyataan di kawasan Haram al-Sharif yang dikenali sebagai “Temple Mount” untuk orang Yahudi.

“Hanya lelaki berusia atas 50 tahun dibenarkan dan semua wanita tanpa mengira umur juga dibenarkan. Jumlah laluan menuju ke Bandar Lama akan dibataskan aksesnya dan semua tindakan keselamatan yang diperlukan akan dilaksanakan bagi menghalang sebarang keganasan terjadi.”

Kawasan itu menempatkan Masjid Al-Aqsa dan “Dome of the Rock”.

Pada Khamis, Palestin mengakhiri boikot kawasan itu selepas Israel mengalih alat pengawasan keselamatan yang diletakkan di situ selepas serangan yang membunuh dua anggota polis Israel pada 14 Julai lalu.

Selepas boikot itu berakhir, ratusan orang memasuki kawasan itu tengahari selama. Pertemouran antara polis Israel dan rakyat Palestin kemudiannya berlaku dan Persatuan Sabit Merah Palestin melaporkan hampir 100 orang terbunuh. – AFP, 28 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen