Kerana gelakkan suami, isteri mati dibunuh di Amerika


Kenneth Manzanares didakwa membunuh isterinya, Kristy semasa percutian atas kapal di Alaska. – Gambar AFP, 28 Julai, 2017.

SEORANG lelaki warga Amerika didakwa kerana membunuh isterinya semasa percutian atas kapal di Alaska kerana isterinya tidak berhenti menggelakkannya, kata pihak berkuasa AS semalam.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada Rabu, kakitangan Emerald Princess pergi ke kabin yang diduduki Kenneth Manzanares, 39 bersama isterinya, Kristy dan menemui wanita itu mati berlumuran darah kerana dipukul di kepala.

Sebelum ketibaan pasukan keselamatan kapal, saksi yang pergi ke bilik itu menemui Manzanares berlumuran darah di tangan dan pakaiannya.

Apabila mereka bertanya apa yang berlaku, Manzanares memberitahu: “Dia tidak berhenti gelakkan saya,” menurut afidavit mahkamah itu.

Semasa siasatan ejen FBI, suspek yang ditahan pada Rabu dilaporkan berkata: “Hidup saya sudah berakhir.” – AFP,  28 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen