Bekas setiausaha agung PBB Kofi Annan meninggal dunia


Kofi Annan pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan atas usaha kemanusiaan yang dilaksanakannya. – Gambar EPA, 18 Ogos, 2018.

BEKAS setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) KOfi Annad meninggal dunia pada usia 80 tahun hari ini.

“Ini merupakan berita sedih bagi keluarga Annan dan Yayasan Kofi Annan untuk mengumumkan bekas setiausaha PBB itu meninggal dunia pada Sabtu, 18 Ogos akibat sakit tua,” kata yayasan itu menerusi satu kenyataan.

Annan yang merupakan wakil orang kulit hitam Afrika pertama yang memegang jawatan diplomat tertinggi dunia itu berkhidmat di PBB selama dua penggal dari 1997 hingga 2006.

Pemenang Anugerah Nobel Keamanan itu kemudiannya menjadi wakil khas PBB ke Syria untuk mengetuai usaha mencari perdamaian di negara bergolak tersebut. – AFP, 18 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen