Gempa bumi sederhana landa tenggara Jepun


Gempa bumi itu tidak membawa kepada amaran tsunami. – Gambar AFP, 28 Julai, 2017.

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda tenggara Honshu, Jepun pada 7.23 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gempa itu berpusat di 734km tenggara Yokosuka, Jepun dan 3717km timur laut Sandakan, Sabah.

Bagaimanapun ia tidak membawa ancaman tsunami. – Bernama, 28 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen