PIHAK berkuasa Ecuador berkata pada Jumaat bahawa bas Colombia yang terlibat nahas berhampiran Quito, menyebabkan 23 orang maut, membawa sekurang-kurangnya setengah tan ganja yang disembunyikan dalam lantainya.
Hampir 600 pakej plastik dijumpai oleh anjing pada bangkai bas, yang terlibat kemalangan pada Selasa, kata ketua pengarah anti-narkotik kebangsaan, Carlos Alulema.
Beliau memberitahu pemberita tiga bas dari Colombia ditahan tahun ini dan “lebih 400 kilogram kokain dan 600 kilogram ganja didapati dalam keadaan yang sama.”
Negara Amerika Selatan berkongsi sempadan yang kerap digunakan oleh geng pengedar dadah untuk menghantar kokain ke Amerika Syarikat.
Pendakwa raya Colombia berkata pada Khamis 80 kilogram kokain ditemui pada bas.
Tetapi pihak pendakwa Ecuador Ruth Palacios memberitahu sidang media “hanya ganja ditemui.”
Colombia berkata pada Rabu 19 daripada 23 mangsa adalah rakyatnya. – AFP, 18 Ogos, 2018.
Komen