SERAMAI 18 anggota kumpulan militan Islamic State (IS) terbunuh dalam serangan udara di Syria berhampiran sempadan Iraq, kata badan pemantau pada Jumaat.
Mereka yang terbunuh lewat Khamis di kampung Sousa di wilayah timur Deir Ezzor kebanyakannya warga asing, kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Pemantau yang berpangkalan di Britain, yang bergantung kepada sumber di Syria untuk mendapatkan maklumat, tidak dapat mengatakan jika serangan dilakukan oleh gabungan dipimpin Amerika Syarikat untuk menentang IS atau Iraq.
Sementara itu, tentera Iraq mengatakan ia menyasarkan “ruang operasi” IS di Syria pada Khamis dan berjaya membunuh “beberapa anggota IS”, tetapi tidak menyebut lokasi yang tepat.
Tidak jelas sama ada tentera Iraq dan badan pemantau merujuk kepada kejadian yang sama. – AFP, 18 Ogos, 2018.
Komen