Imran Khan perdana menteri Pakistan baharu


Pemimpin Tehreek-e-Insaf, Imran Khan dipilih sebagai perdana menteri Pakistan yang baharu, selepas memperoleh 176 undian, menewaskan pencabarnya Shehbaz Sharif dari Liga Muslim Pakistan-Nawaz yang sekadar mendapat 96 undi. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2018.

PEMIMPIN Tehreek-e-Insaf, Imran Khan dipilih sebagai perdana menteri Pakistan yang baharu, selepas memperoleh 176 undian, menewaskan pencabarnya Shehbaz Sharif dari Liga Muslim Pakistan-Nawaz yang sekadar mendapat 96 undi.

Beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada pagi Sabtu, lapor akhbar Associated Press of Pakistan (APP).

Parti Rakyat Pakistan dan Jamat-e-Islami bagaimanapun tidak mengundi pada pemilihan itu. – Bernama, 17 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen