Bank Negara gagal bertindak terhadap 1MDB, kata Sivarasa


TIMBALAN Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah R. Sivarasa hari ini berkata Bank Negara Malaysia (BNM) gagal menjalankan tugas apabila gagal mengambil tindakan terhadap rasuah dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Institusi itu gagal. Bank Negara gagal. Bank Negara tahu perkara ini. Setiap kali duit berjalan, Bank Negara tahu,” katanya.

Skandal 1MDB kini sedang disiasat pasukan petugas khas yang diketuai oleh bekas peguam negara Abdul Gani Patail.

Bekas perdana menteri Najib Razak dituduh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Sivarasa berucap pada Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia (IMLC) 2018 mengenai isu 1MDB dan kleptokrasi di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas naib presiden PKR itu mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan agar melaksanakan pembaharuan bagi mengelakkan perkara seperti 1MDB berulang kembali.

“Apa yang kerajaan baharu komited untuk lakukan adalah kebebasan undang-undang maklumat dan semakan semua Akta Rahsia Rasmi, supaya jika ada skandal yang berlaku, media akan dapat maklumat,” katanya.

Timbalan menteri itu juga mencadangkan lantikan jawatan penting seperti peguam negara dan ketua SPRM di masa akan datang dilakukan menerusi kajian Parlimen.– 17 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen