32 militan terbunuh dalam serangan udara Afghanistan


Tentera Afghanistan dan gabungan Nato, diketuai Amerika Syarikat meningkatkan serangan darat dan udara ke atas militan sejak beberapa bulan lalu, kerana militan sering menyerang kepentingan kerajaan di seluruh negara. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2018.

SEKURANG-kurangnya 32 militan Taliban terbunuh dan 10 yang lain cedera, selepas serangan udara di dua wilayah dalam tempoh 24 jam, demikian menurut Kementerian Pertahanan Afghanistan pada Jumaat.

Seramai 17 militan Taliban terbunuh dan lapan lagi cedera selepas tempat persembunyian mereka di daerah Bala Buluk di wilayah barat Farah diserang, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, di wilayah selatan Helmand, 15 militan Taliban maut dan dua lagi cedera apabila Tentera Udara Afghanistan menyerang kedudukan mereka di pinggir wilayah Lashkar Gah dan daerah Gereshk. 

Tentera Afghanistan dan gabungan Nato, diketuai Amerika Syarikat meningkatkan serangan darat dan udara ke atas militan sejak beberapa bulan lalu, kerana militan sering menyerang kepentingan kerajaan di seluruh negara.

Militan Taliban bagaimanapun belum memberikan sebarang kenyataan balas berhubung laporan itu. – Bernama, 17 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen