Kempen pilihan raya Brazil bermula


Pilihan raya bakal diadakan pada Oktober itu bagi mencari pengganti Presiden Michel Temer (gambar). – Gambar EPA, 17 Ogos, 2018.

SEMUA calon Pilihan Raya Presiden Brazil 2018 mula berkempen di seluruh negara, kecuali bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah.

Pilihan raya bakal diadakan pada Oktober itu bagi mencari pengganti Presiden Michel Temer dan beliau membenarkan calon-calon mengadakan perhimpunan secara terbuka dan berkempen menerusi rangkaian media sosial. 

Politik Brazil terus berdepan kemelut apabila Lula yang dicalonkan Parti Pekerja (PT), tetap mahu bertanding meskipun tidak layak kerana disabitkan tuduhan rasuah oleh mahkamah.  

Pihak pendakwaan pada Rabu memfailkan bantahan ke atas pencalonan Lula di mahkamah pilihan raya, sementara bekas menteri pendidikan PT dan bekas datuk bandar Sao Paulo, Fernando Haddad, pada Khamis menggesa mahkamah mempercepatkan keputusan mengenai kelayakan Lula. 

Walaupun masa depannya dalam politik masih kabur, namun Lula menerima sokongan padu dan penasihatnya terpaksa berkempen melalui media sosial. – Bernama, 17 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen