TENTERA India dan Pakistan saling berbalas serangan mensasarkan kubu kuat masing-masing di kawasan garisan kawalan (LoC) yang memisahkan Kashmir, kata pegawai tentera pada Jumaat.
Pertempuran berlaku di LoC di daerah Poonch, kira-kira 185 kilometer barat daya bandar Srinagar yang dikuasai India.
“Serangan bertujuan mensasarkan kedudukan India dan kawasan awam di sektor Gulpur bermula pukul 10 malam waktu tempatan,” kata Xinhua.
Setakat ini tiada laporan kerosakan diterima daripada kedua-dua pihak.
Awal minggu ini, tiga askar - dua dari Pakistan dan seorang dari India - terbunuh semasa pertempuran di Tangdhar-Kupwara.
New Delhi dan Islamabad saling tuduh-menuduh antara satu sama lain melanggar perjanjian gencatan senjata di LoC.
LoC adalah sempadan de facto yang membahagikan Kashmir sebahagian dikuasai India dan sebahagian lagi oleh Pakistan.
Kashmir, menjadi rebutan apabila kedua-dua pihak mahu menguasai sepenuhnya wilayah itu. Sejak memperolehi kemerdekaan dari Britain, kedua negara bertempur dalam tiga peperangan, dua daripadanya kerana ingin mendapatkan Kashmir. – Bernama, 17 Ogos, 2018.
Komen