Boko Haram serang pasukan peneroka minyak, 50 terbunuh


Boko Haram, kumpulan militan Islam yang mengganas di Nigeria dipercayai membunuh lebih 50 orang pasukan peneroka minyak. – Gambar fail EPA, 28 Julai, 2017.

LEBIH daripada 50 orang dibunuh dalam serangan yang dilakukan Boko Haram kepada pasukan peneroka minyak di utara Nigeria awal minggu ini.

“Jumlah kematian terus meningkat,” kata satu sumber yang terlibat berurusan dengan serangan yang berlaku Selasa lepas berhampiran Magumeri sambil menambah: “Kini kita ada lebih 50 mayat dan lebih banyak mayat akan dihantar ke sini.”

Fakta serangan itu yang pada mulanya dianggap cubaan penculikan masih belum lengkap sepenuhnya ketika tentera mengawal penuh kemasukan ke Borno, kawasan tumpuan keganasa Boko Haram.

Telekomunikasi dan infrastruktur lain rosak teruk atau dimusnahkan dalam konflik itu yang sehingga kini menyebabkan hampir 20,000 orang terbunuh dan lebih daripada 2.6 juta lagi hilang tempat tinggal sejak ia tercetus pada 2009.

Rabu lalu, tentera mengatakan yang 10 orang dibunuh dalam serangan itu yang menyasarkan pasukan daripada Nigerian National Petroleum Corporation (NNPC) dan ahli geologi daripada University of Maiduguri.

Tetapi seorang pekerja bantuan kecemasan di Magumeri berkata: “Ketika jam 7 petang (waktu tempatan) semalam, 47 mayat sudah ditemui dalam semak sekitar Magumeri.

“Sebelas mayat melecur teruk. Mereka dibakar hidup-hidup dalam kenderaan mereka yang tersekat dalam lumpur.

“Kami kebumikan mereka di sini kerana mereka tidak boleh dibawa ke Maiduguri.

“Petang ini (Khamis), enam mayat lagi ditemui, termasuk seorang tentera dan banyak lagi dipercayai akan ditemui kerana pasukan mencari dan menyelamat dikerahkan ke semua tempat.”

Sumber perubatan tentera Nigeria pula mengatakan yang : “Sehingga kini 18 orang tentera terbunuh.”– AFP, 28 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen