PIHAK berkuasa Mexico menahan 48 anggota kartel dadah berkuasa, Jalisco New Generation dalam serbuan berhampiran sempadan Guatemala, kata pendakwaraya negeri Chiapas pada Khamis.
Serbuan itu dilakukan oleh polis negeri dan persekutuan serta tentera ketika suspek dalam perjalanan ke Guatemala, kata Pendakwaraya Daerah Javier Lopez Gonzalez.
Pihak berkuasa turut merampas kenderaan, pistol dan peluru 5.7 kaliber yang dianggap “pembunuh polis”.
Lopez berkata Jalisco New Generations tidak beroperasi di Chiapas.
Kartel itu berpangkalan di negeri Jalisco tetapi mula meluaskan kuasanya ke seluruh Mexico ketika kartel pesaingnya Sinaloa mula kehilangan kuasa selepas ketuanya, Joaquin “El Chapo” Guzman diekstradisi ke AS tahun lepas.
Kartel dadah merbahaya Mexico mula meluaskan operasi ke negara Latin Amerika lain termasuk Guatemala sejak beberapa tahun lepas. – AFP, 17 Ogos, 2018.
Komen