PENTAGON menangguhkan satu perarakan tentera yang dirancang oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada hujung tahun ini susulan laporan yang mendakwa kos perarakan itu melebihi $90 (RM360 juta).
Jurucakapnya, Kolonel Rob Manning berkata penangguhan itu dibuat sehingga selewat-lewatnya pada tahun depan.
“Jabatan Pertahanan dan Rumah Putih merancang untuk mengadakan perarakan tentera veteran AS dan memperingati Perang Dunia Pertama.
“Pada asalnya tarikh perarakan itu ditetapkan pada 10 November ini tetapi ia terpaksa ditangguh sehingga tahun depan,” katanya.
Sebelum ini, kos untuk mengadakan perarakan itu dianggarkan menelan belanja antara $10 juta (RM40 juta) dan $30 juta (RM120 juta).
Namun seorang pegawai kerajaan AS yang enggan dikenali berkata, kos perarakan tersebut kini dianggarkan setinggi $92 million (RM377 juta) walaupun jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan.
Trump meminta perarakan itu diadakan selepas kagum dengan sambutan Hari Bastille iaitu sambutan hari kemerdekaan oleh Perancis.
Permintaan Trump itu mendapat sambutan baik dalam majoriti rakyat AS tetapi tetap mengundang kritikan sesetengah pihak yang menganggap perarakan tersebut sebagai satu pembaziran. – AFP, 17 Ogos, 2018.
Komen