SEBUAH pesawat penumpang yang membawa kira-kira 250 orang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Crete, Greece gara-gara ancaman bom palsu, kata polis tempatan.
“Juruterbang pesawat itu meminta kebenaran pusat kawalan udara di lapangan terbang Chania selepas menerima maklumat tentang terdapat bahan letupan di dalam kapal terbang.
“Selepas melakukan pendaratan, kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dengan selamat,” kata seorang pegawai polis yang tidak dinamakan kepada AFP.
Laporan awal menyebut pesawat Boeing 753 milik syarikat Condor, berlepas dari Mesir dan dalam penerbangan ke Duesseldorf, Jerman.
Pada Mei 2016, sebuah pesawat penerbangan EgyptAir yang berlepas dari Paris ke Kaherah terhempas di perairan Mediterranean di Crete, menyebabkan kesemua 66 penumpang termasuk krew pesawat terbunuh.
Siasatan kes itu mendapati berlaku kebakaran berdekatan kokpit pesawat Airbus A320 itu sebelum ia terhempas di laut dan pihak berkuasa Mesir berkata mereka menemukan kesan bahan letupan pada mayat mangsa. – AFP, 17 Ogos, 2018.
Komen