AS ancam lebih banyak sekatan terhadap Turki jika tidak bebaskan paderi


Paderi Andrew Brunson ditahan pihak berkuasa Turki atas tuduhan mengintip, dan berdepan hukuman sehingga 35 tahun penjara jika didapati bersalah. – Gambar AFP, 17 Ogos, 2018.

SETIAUSAHA Perbendaharaan Steve Mnuchin pada Khamis mengatakan Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan lebih banyak sekatan ke atas ekonomi Turki jika Ankara tidak membebaskan seorang paderi Amerika.

“Kita telah mengenakan sekatan terhadap beberapa anggota Kabinet mereka,” kata Mnuchin kepada Presiden Donald Trump dalam satu mesyuarat Kabinet yang dihadiri oleh akhbar.
“Kita mempunyai lebih banyak lagi rancangan jika mereka tidak melepaskannya dengan segera.”

Trump, sebelum Mnuchin memberikan kenyataan, mengatakan Turki bukanlah rakan yang sangat baik.

Merujuk kepada paderi yang dipenjarakan Andrew Brunson, Trump berkata “Mereka mempunyai paderi Kristian yang hebat di sana, beliau tidak bersalah.” – AFP, 17 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen