SEBUAH Bas Rapid KL merempuh beberapa buah kenderaan di Jalan Ampang selepas merempuh sebuah gerai di menyebabkan empat orang cedera dalam kejadian malam ini.
NST Online melaporkan, bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Kuala Lumpur Zilkefly Yahya memberitahu portal berita itu lapan kenderaan menngalami kerosakan akibat dirempuh bas terbabit dalam insiden kira-kira jam 8 malam.
Video insiden terbabit kini viral di media sosial.
Dalam video terbabit, bas berkenaan dilihat meluru laju dan merempuh beberapa buah kereta ketika cuba memotongnya.
Video berkenaan dipercayai dirakam oleh individu yang mengejar bas berkenaan.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada bas berkenaan membawa penumpang atau tidak ketika kejadian.
Menurut Zulkefly bas berkenaan berjaya dihentikan di persimpangan Jalan Ampang-MRR2.
Katanya, kesemua mangsa terlibat kini membuat laporan polis.
Pemandu bas terbabit bagaimanapun masih belum ditahan kerana sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.
“Pegawai saya masih menyiasat insiden ini, kita masih belum membuat keputusan berhubung perkara ini,” katanya. – 16 Ogos, 2018
Komen