SERAMAI 38 orang maut dalam kejadian jambatan runtuh di lebuh raya di Genoa, lapor agensi berita Itali, Ansa pada Khamis.
Insiden pada Selasa itu turut mencederakan 15 orang dengan sembilan daripadanya parah.
Mangsa korban termasuk tiga kanak-kanak serta empat warga Perancis dan dua warga Albania.
Ketua Pendakwa Genoa, Francesco Cozzi berkata, kira-kira 10 hingga 20 orang lagi masih hilang.
Sementara itu menurut Gabernor Liguria, Giovanni Toti harapan untuk menemui mangsa selamat adalah tipis.
Beliau berkata pihak berkuasa turut menyediakan bantuan kepada 600 penduduk yang terjejas dengan menyediakan 30 buah rumah sementara.
“Kita berharap menjelang akhir tahun semua mangsa akan dapat mempunyai rumah sendiri,” katanya. – Bernama, 16 Ogos, 2018
Komen