53,000 hidupan liar dirampas di China 


Haiwan liar mendapat permintaan tinggi di China untuk perbuatan tradisional dan dijadikan makanan eksotik.– Gamnar EPA, 16 Ogos, 2018

SEJUMLAH 53,486 hidupan liar dirampas di timur wilayah Anhui, sejak China menjalankan operasi membanteras penyeludupan haram bermula Jun lepas, lapor Xinhua.

Lebih 200 kes berkaitan telah diselesaikan atau sedang disiasat, dan lebih 80 penyeludup dikenakan tindakan sehingga 10 Ogos, menurut jabatan perhutanan wilayah.

Antara kes tangkapan membabitkan rampasan 152 katak gergasi, dua ‘hog badger’ dan lima ular yang ditemui dalam sebuah trak di Qimen daerah Anhui. Trak itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke wilayah Zhejiang.

Dalam satu lagi kes berasingan, sebuah trak membawa burung liar ditahan polis di daerah Susong County, dan lebih 2,600 burung spesies moorhen dan 650 spesies heron dirampas.

Operasi membanteras penyeludupan hidupan liar secara haram akan dijalankan selama enam bulan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China memperkenalkan langkah penting bagi melindungi hidupan liar, seperti meminda Undang-Undang Melindungi Hidupan Liar, mengharamkan perdagangan gading dan membina taman negara.

Menurut undang-undang di China, memburu, membawa atau memperdagangan hidupan liar yang dilindungi boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.– Bernama, 16 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen