Undang-undang sedia ada boleh dakwa lelaki kahwini kanak-kanak, kata Azalina


Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata lelaki berusia Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak boleh digunakan untuk mendakwa lelaki berusia 41 tahun yang berkahwin dengan kanak-kanak 11 tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2018.

KERAJAAN boleh mendakwa lelaki berusia 41 tahun yang berkahwin dengan kanak-kanak 11 tahun pada Jun lalu, di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak, kata Azalina Othman Said.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian pada Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia berkenaan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

“Jika anda lihat dalam akta kesalahan seksual, ia cukup untuk mendakwa lelaki yang kononnya suami itu,” kata Azalina.

Terdahulu hari ini, polis sudah melengkapkan siasatan terhadap perkahwinan itu dan menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata mereka menyiasat perkahwinan itu.

Bagaimanapun, ketika rang undang-undang itu dibahaskan kali pertama tahun lalu, Azalina dilaporkan berkata tidak boleh menyentuh kanak-kanak, tetapi apabila “mereka berkahwin, menyentuh dibolehkan dan ia bukan jenayah di bawah rang undang-undang itu”.

Ahli Parlimen Pengerang daripada Barisan Nasional itu berkata kenyataan terdahulunya itu tidak bermakna mereka tidak boleh mendakwa lelaki terbabit atas kesalahan mempersiapkan kanak-kanak itu bagi tujuan seksual.

“Di bawah Artikel 11-14, saya percaya bahawa walaupun mereka boleh guna perkahwinan sebagai pembelaan, undang-undang tetap membolehkan mereka untuk mendakwa,” katanya.

Pengantin kanak-kanak itu pada masa ini berada dalam jagaan pihak berkuasa Thailand, kerana perkahwinan berkenaan dilakukan di sana. – 16 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen