Buku G25 tentang peranan Islam di Malaysia diharamkan


Buku "Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy" yang diharamkan. Gambar screenshot, – 27 Julai, 2017.

BUKU “Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy” yang diterbitkan kumpulan G25 diharamkan atas alasan ianya “memudaratkan ketenteraman awam”.

e-Warta Persekutuan Pejabat Peguam Negara berkata, pengharaman itu dikuatkuasakan selepas diluluskan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 14 Jun.

“Cetakan, pengimportan, pengeluaran, pengeluaran semuala, penerbitan, jualan, keluaran, pengedaran atau pemilikan ke atas penerbitan yang mana akan memudaratkan ketenteraman awam kemungkinan mencetuskan perdebatan awam dan kemungkinan akan memudaratkan minat awam amat dilarang diseluruh Malaysia,” kata e-Warta Persekutuan.

Jurucakap G25 Noor Farida memberitahu akhbar The Sun dia terkejut dengan pengharaman itu, yang digelarkannya “satu penindasan”.

“Buku ini merangkumi kebanyakannya artikel akademik daripada ahli-ahli akademik, peguam-peguam terkenal dan sarjana Islam progresif. Tiada satu pun artikel yang memudaratkan ketenteraman awam.

“Malahan ia diterbitkan untuk menggalakkan perdebatan tentang agama Islam,” katanya.

22 orang penulis itu terdiri daripada Dr Shad Saleem Faruqi, Pengarah Just World Dr Chandra Muzaffar, profesor undang-undang Azmi Sharom dan bekas pengarah eksekutif Sisters In Islam Ratna Osman.

G25 ialah kumpulan 25 pemimpin Melayu-Islam yang bermatlamat untuk mengekalkan hak-hak asasi bagi kebebasan bersuara dan beragama dan mengiktiraf Malaysia sebuah negara Islam dengan Islam sebagai agama rasmi. – 27 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen