PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu mengekalkan Majlis Penasihat Kerajaan kerana terdapat banyak isu yang memerlukan penelitian jawatankuasa itu, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata fungsi Majlis Penasihat adalah untuk mengkaji dan meneliti isu dan kemudiannya menghantar cadangan kepada Kabinet.
“Saya rasa beliau (Dr Mahathir) sudah beritahu secara jelas yang beliau memerlukan lebih masa kerana terlalu banyak isu selepas kami mengambil alih Putrajaya dan PM memerlukan lebih masa untuk mengkaji laporan berkenaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Azmin turut menegaskan bahawa Kabinet berfungsi sepenuhnya dan tidak semestinya perlu mengikut cadangan Majlis Penasihat berhubung sesuatu perkara.
“CEP akan beri cadangan kepada kerajaan, tidak semestinya kami bersetuju dengan cadangan tersebut.
“Semua cadangan akan dikembalikan semula kepada Kabinet untuk kami bincang,” tambah Azmin.
Dr Mahathir hari ini berkata CEP tidak akan dibubarkan dalam tempoh 100 pentadbiran Pakatan Harapan kerana khidmat mereka masih diperlukan.– 16 Ogos, 2018.
Komen