Azmin tolak pelawaan debat Rafizi


Kamles Kumar

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menafikan berlaku pergaduhan dalaman PKR. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2018.

PENYANDANG timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menolak pelawaan untuk berdebat dengan pencabarnya, Rafizi Ramli.

Memandang ia hanya pemilihan parti, beliau tidak melihat keperluan untuk mengadakan debat secara langsung di televisyen.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rafizi atas pelawaan tersebut tapi saya rasa tidak perlu kerana ia pemilihan dalaman parti.

“Ini bukan pemilihan presiden atau terus di mana anda mahukan penglibatan rakyat,” kata Azmin kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Menteri hal ehwal ekonomi itu sekali lagi menafikan berlaku pergaduhan dalaman dalam PKR.

“Tidak, tidak ada pergaduhan dalaman,” tegas Azmin.

Beliau juga berkata pemilihan PKR tidak ada kena mengena dengan langkah untuk menghalang Presiden Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

“Ia pemilihan parti, tak ada kena mengena dengan kerajaan,” kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata terdapat persetujuan tidak bertulis antara parti komponen Pakatan Harapan untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri selepas Dr Mahathir.  

“Sudah tentu ada konsensus, malah antara ahli PH, bukan sahaja PKR. Malah parti-parti PH bersetuju yang Anwar akan jadi perdana menteri seterusnya,” tambah Azmin.

Rafizi, yang kini penyandang naib presiden PKR mempelawa Azmin untuk menyertai debat awam bagi memperhalusi pelbagai isu sebelum pemilihan berlangsung.– 16 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Debat lah Rafizi.... debat dengan Anwar shj.. sama2 kaki debat. He he

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Zainal Mahfodz · Ulasan