Qatar melabur AS$15 bilion di Turki


Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani bersalaman dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan selepas mengadakan perbincangan di Ankara. – Gambar AFP, 16 Ogos, 2018.

QATAR akan melabur sebanyak AS$15 bilion di Turki susulan kedua-dua negara itu meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama mereka mengenai isu serantau.

Pengumuman itu dibuat selepas Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani mengadakan perbincangan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Ankara pada Rabu.

“Qatar menjanjikan pelaburan langsung sebanyak AS$15 bilion di Turki. Hubungan Turki-Qatar berdasarkan asas yang kukuh bagi persahabatan sebenar dan perpaduan,” menurut jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin.

Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani berkata perbincangan antara Sheikh Tamim dan Erdogan “mengesahkan hasrat bersama untuk meningkatkan perkongsian strategik dan kerjasama pelaburan dalam pelbagai bidang”.

Perbincangan mereka turut meliputi perkara-perkara serantau, menurut Presiden Turki.– Bernama, 16 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen