CHINA akan menghantar seorang perunding kanan ke Amerika Syarikat (AS) pada hujung Ogos bagi menyambung semula rundingan perdagangan, kata Kementerian Perdagangan China hari ini.
Naib Menteri Perdagangan China Wang Shouwen akan bertemu pegawai perbendaharaan AS David Malpass atas jemputan negara itu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
“Pihak China mengulangi sekali lagi bahawa ia menentang tindakan unilateralisme dan amalan perlindungan perdagangan dan tidak menerima apa-apa langkah sekatan perdagangan sepihak,” kata kementerian itu.
“China mengalu-alukan dialog dan komunikasi berasaskan kebalikan, kesamaan dan integriti.”
Menteri Perdagangan AS Wilbur Ross mengadakan perbincangan dengan Naib Perdana Menteri China Liu He di Beijing pada Jun.
Namun perbincangan itu gagal meredakan ketegangan memandangkan AS melaksanakan tarif terhadap barangan bernilai AS$34 dari China pada awal Julai, mencetuskan tindak balas dari Beijing.
Kedua-dua negara merancang untuk melancarkan pusingan baru perang perdangangan terhadap barangan bernilai AS$16 bilion dari negara masing-masing pada 23 Ogos.– AFP, 16 Ogos, 2018.
Komen