Polis Brazil tak perlu lagi ‘macho’


Sebelum ini, salah satu daripada 72 syarat menjadi polis di Brazil adalah maskuliniti. Syarat itu kini digugurkan selepas kecaman pelbagai pihak. – Gambar EPA, 16 Ogos, 2018.

CALON polis di selatan Brazil kini bebas untuk menunjukkan sisi lembut mereka.

“Maskuliniti” digugurkan daripada senarai 72 syarat menjadi polis di negeri Parana. Juga digugurkan: halangan jatuh cinta.

Syarat macho itu adalah sebahagian daripada tuntutan profile psikologi untuk calon dalam 16 jenis pekerjaan, kedua-duanya terbuka kepada wanita dan lelaki.

Maskuliniti ditakrifkan sebagai “kemampuan individu untuk kekal tidak tersentuh dengan kejadian ganas, bertahan dengan kekasaran, tidak mudah emosi dan tidak berminat dengan hubungan romantik atau cinta.”

Selepas kecaman persatuan gay negara itu, Majlis Peguam Brazil dan kerajaan Parana, pihak polis mengubah syarat tersebut.

Syarat terbaru menggantikan maskuliniti dengan “ketahanan” dan memadamkan klausa percintaan. – AFP, 16 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen