SEKURANG-kurangnya 22 orang kanak-kanak dikhuatiri lemas pada Rabu selepas bot yang dinaiki mereka karam ketika menyeberangi Sungai Nil di Sudan untuk ke sekolah, lapor media tempatan.
Seorang wanita turut terbunuh dalam kejadian kira-kira 750 kilometer di utara ibu negeri Khartoum.
Ketika kejadian bot berkenaan membawa kira-kira 40 orang kanak-kanak, lapor agensi berita Suna.
“Kemalangan itu berpunca daripada kegagalan enjin ketika menyeberang separuh sungai berkenaan kerana arus deras,” katanya.
Mayat mangsa bagaimanapun masih belum ditemui, tambah Suna.
Penduduk kampung di wilayah berkenaan bergantung kepada bot kayu untuk menyeberangi Sungai Nil.
Seorang saksi memberitahu AFP menerusi telefon, bot berkenaan menyeberangi sungai itu melawan arus. – AFP, 15 Ogos, 2018
Komen