KERAJAAN Cuba memberikan perkhidmatan internet percuma selama lapan jam pada Selasa kepada lebih lima juta pengguna telefon bimbit, sebelum penjualan perkhidmatan itu dilancarkan.
Syarikat telekomunikasi negara Etesca mengumumkan langkah itu, yang sekaligus menandakan kali pertama perkhidmatan internet disediakan di seluruh negara.
Terdapat ratusan hotspot WiFi di Cuba tetapi kurang yang melanggannya untuk kediaman.
Blogger Dissident, Yoani Sanchez, beranggapan langkah itu sebagai perintis kepada media sosial negara dan dalam twitternya beliau menulis ia sebagai “kemenangan rakyat.”
Jalan-jalan raya di Havana, pengguna telefon mudah alih rata-rata gembira dengan hari internet percuma itu, walaupun ada yang mengadu perkhidmatannya agak lambat berbanding kebiasannya.
“Ini adalah berita gembira kerana saya boleh bercakap dengan keluarga di luar negara tanpa perlu ke lokasi tertentu yang menyediakan WiFi,” kata pemandu teksi Andres Peraza.
40% warga Cuba mempunyai saudara-mara yang tinggal di luar negara.
Kebiasaannya hotspot mengenakan caj kira-kira AS$ 1 sejam, walaupun purata gaji bulanan rakyat di Cuba hanya AS$30.
Kerajaan belum lagi menyatakan jumlah kos yang perlu dibayar rakyat untuk internet mudah alih, atau bila tarikh sebenar penjualan akan bermula.
Tetapi Etesca telah mengenakan caj ke atas syarikat dan kedutaan sebanyak AS$45 sebulan untuk empat gigabit.
Sehingga 2013, internet sebahagian besarnya hanya tersedia di hotel-hotel pelancongan, kemudian kerajaan mula memperkenalkan pusat siber dan hotspot WiFi.
Sejak sekian lama sebelum mengambil alih jawatan daripada Raul Castro pada April, Presiden berusia 58 tahun, Miguel Diaz-Canel memperjuangkan mengenai perlunya perkhidmatan internet diperluaskan. – Bernama, 15 Ogos, 2018.
Komen