Putin sedia adakan 'pertemuan awal' dengan Kim Jong-un 


Presiden Rusia Vladimir Putin bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik mengenai tarikh pertemuan dengan pemimpin Korea itu. – Gambar EPA, 15 Ogos, 2018

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin sedia untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada “tarikh awal”, lapor agensi berita Korea Utara susulan daripada ketegangan diplomatik di semenanjung Korea. 

Putin menjemput Kim dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in untuk menghadiri forum ekonomi pada Jun di Vladivostok yang akan berlangsung bulan depan walaupun tidak diketahui sama ada pemimpin Korea itu memberi maklum balas terhadap jemputan berkenaan. 

Dalam mesej kepada Kim pada Hari Pembebasan Kebangsaan - yang menjadi tanda berakhirnya penguasaan Jepun di Korea pada perang dunia kedua - Putin mengulangi niatnya untuk persidangan itu. 

“Saya mengesahkan saya sedia bertemu kamu pada tarikh awal bagi membincangkan isu penting hubungan dua hala dan perkara penting di wilayah ini,” kata Putin dalam mesej yang disiarkan agensi berita Korea Utara.  

Mesej itu bagaimanapun tidak memberikan tarikh spesifik pertemuan itu. – AFP, 15 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen