Polis India tahan hakim rogol peguam


SEORANG hakim di selatan negeri Telangana telah diberkas kerana disyaki merogol seorang peguam wanita, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis pada Rabu.

Suspek, yang dikenal pasti sebagai P Satyanarayana, telah ditahan pada Selasa.

Ini susulan aduan seorang peguam di pekan Suryapet yang mendakwa suspek telah berkali-kali merogolnya dalam tempoh beberapa bulan atas alasan akan mengahwini mangsa.

“Hakim itu telah dibawa ke mahkamah yang membenarkan dia ditahan reman selama 14 hari,” katanya sambil menambah bahawa penahanan itu dibuat oleh pihak berkuasa selepas mendapat kebenaran mahkamah lebih tinggi.

“Penahanan itu dibuat susulan kebenaran dari Mahkamah Tinggi dan selepas siasatan awal mendapati dia bersalah,” kata pegawai polis.

Kejadian rogol adalah perkara biasa di India dan perkahwinan sering digunakan sebagai alasan untuk melakukan perbuatan itu. – Bernama, 15 Ogos, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen