SEJUMLAH penerbangan tempatan di Arab Saudi terpaksa ditangguhkan selepas sistem rangkaian penerbangan mengalami gangguan hari ini ketika negara itu bersiap sedia untuk menerima kunjungan jutaan jemaah haji dari seluruh dunia.
Syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia) berkata gangguan tersebut berlaku di seluruh rangkaian penerbangan di negara ini.
“Ekoran itu sejumlah penerbangan tempatan tertangguh dan pihak Saudia mengambil langkah perlu untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin.”
Arab Saudi dijangka menerima kehadiran lebih dua juta jemaah haji pada tahun ini dan lebih sejuta jemaah sudah tiba di negara ini sejak beberapa hari lalu.
Kesemua jemaah akan memulakan ibadah haji bermula 19 hingga 24 Ogos ini. – AFP, 15 Ogos, 2018.
Komen